KWSP boleh dikeluarkan RM500 sebulan

makluman kwsp akaun 2

Untuk makluman Perdana Menteri telah mengumumkan yang pencarum KWSP dibenarkan untuk keluarkan RM500 sebulan dari akaun 2. Pengumuman ini merupakan sebahagian dari Pakej Rangsangan Ekonomi dan Bantuan Rakyat akibat COVID-19.

Menurut PM, kemudahan pengeluaran i-Lestari bagi pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) adalah untuk semua ahli KWSP yang berumur bawah 55 tahun boleh membuat pengeluaran wang simpanan dalam Akaun 2 masing-masing tertakluk kepada kadar maksimum RM500 sebulan untuk tempoh selama 12 bulan.

Permohonan boleh dibuat bermula 1 April 2020. Inisiatif ini dijangka akan memanfaatkan sehingga 12 juta ahli KWSP, dengan jumlah pengeluaran yang dianggarkan bernilai RM40 billion.

Hebahan ini akan dikemaskini dari masa kesemasa. Anda boleh download ucapan ini melalui pautan di bawah.

0 comment... add one now