Bantuan Prihatin Isi Rumah & Bujang Secara Tunai

bantuan prihatin isi rumah dan bujang

Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat atau PRIHATIN berjumlah RM250 bilion yang akan memberi manfaat kepada seluruh rakyat Malaysia.

Pakej PRIHATIN ini akan menyediakan bantuan segera untuk meringankan beban yang ditanggung oleh semua rakyat Malaysia.

Bantuan Prihatin Nasional, iaitu pemberian tunai secara one-off dengan peruntukan hampir RM10 bilion, dan buat pertama kalinya akan disalurkan juga kepada kumpulan M40. Mereka ini termasuk pekerja swasta, peneroka FELDA, petani, nelayan, peniaga kecil dan semua yang tergolong dalam kumpulan M40 dan ke bawah.

  1. RM1,600 kepada hampir 4 juta isi rumah yang berpendapatan bulanan RM4,000 dan ke bawah. Bayaran RM1,000 akan dibayar pada bulan April 2020 dan RM600 pada bulan Mei 2020. 
  2. RM1,000 kepada hampir 1.1 juta isi rumah yang berpendapatan lebih RM4,000 hingga RM8,000 yang akan dibayar pada bulan April 2020 sebanyak RM500 dan baki RM500 pada bulan Mei.
  3. RM800 kepada 3 juta individu bujang berusia 21 tahun ke atas dan berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah. Bayaran RM500 akan dibayar pada bulan April 2020 dan baki RM300 pada bulan Mei 2020.
  4. RM500 kepada 400,000 individu bujang berusia 21 tahun ke atas yang berpendapatan bulanan lebih RM2,000 hingga RM4,000. Bayaran sebanyak RM250 akan dibuat pada bulan April 2020 dan baki RM250 pada bulan Mei.

4 comments.. read them below or add one

Unknown Unknown 28 March 2020 at 12:09
Alhamdulilah mcm mana nk daftar ..saya ni dlu penerima brim bujang

Unknown Unknown 29 March 2020 at 15:20
Ye lha..mcam mna pula nk daftar bsh sedangkan kaunter lhdn tutup.bantuan ni masuk melalui bsh ke
Unknown Unknown 30 March 2020 at 01:33
Alhamdullah,terima kasih kehadapan Pm Tan Sri Muhyiddin