Jawatan Kosong Terkini 2020 di Majlis Perbandaran Kubang Pasu (MPKP)

jawatan kosong majlis perbandaran kubang pasu 2020

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun ke atas pada tarikh tutup iklan jawatan dan berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan di Majlis Perbandaran Kubang Pasu (MPKP) sebagaimana berikut:-

MAKLUMAT PERMOHONAN

  • Nama Majikan : Majlis Perbandaran Kubang Pasu (MPKP)
  • Lokasi Kekosongan : Negeri Kedah Darul Ridzuan
  • Kelayakan : PMR/PT3/SPM
  • Tarikh Tutup Permohonan : 20 Februari 2020 (Khamis)

JAWATAN : 
1. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19
2. Pembantu Operasi Gred N11
3. Pembantu Awam Gred H11

Untuk memohon lain-lain Jawatan (Mohon Disini)

Baca Juga : Jawatan Kosong di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Perak
Baca Juga : Jawatan Kosong di Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP)

Syarat Asas Permohonan 

  • Calon hendaklah warganegara Malaysia berusia tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan jawatan.
  • Berkelayakan dan melepasi syarat-syarat pelantikan yang telah ditetapkan bagi setiap jawatan yang hendak dipohon, Sila baca pada lampiran yang kami telah sediakan seperti berikut.

Cara Memohon

  • Permohonan hendaklah menggunakan Borang MDKP Am 1 yang boleh didapati di Jabatan Khidmat Pengurusan Majlis Perbandaran Kubang Pasu, Komplek Pentadbiran Daerah Kubang Pasu, 06000 Jitra, Kedah Darul Aman.
  • Sila nyatakan jawatan yang dimohon di kiri sebelah atas sampul surat semasa memohon.
  • Setiap salinan dokumen di atas hendaklah diakui sah oleh pegawai kerajaan dalam kumpulan Pengurusan dan Profesional.
  • Borang Permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dikembalikan kepada alamat seperti dibawah.
  • Perlu diingatkan, hanya pemohon yang layak sahaja akan dipanggil ke temuduga. Sila lengkapkan dan kemaskini maklumat anda yang telah didaftarkan. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

Yang Dipertua
Majlis Perbandaran Kubang Pasu
Komplek Pentadbiran Daerah Kubang Pasu
06000 Jitra
Kedah Darul Aman.

Teruskan Membaca

0 comment... add one now