Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun ke atas pada tarikh tutup iklan jawatan dan berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan di Majlis Perbandaran Klang sebagaimana berikut:-
MAKLUMAT PERMOHONAN
- Nama Majikan : Majlis Perbandaran Klang
- Lokasi Kekosongan : Negeri Selangor Darul Ehsan
- Kelayakan : PMR/SPM/Diploma/Ijazah
- Tarikh Tutup Permohonan : 21 Februari 2020 (Jumaat)
JAWATAN :
1. Juruukur Bahan Gred J41
2. Penolong Arkitek Landskap Gred JA29
3. Penolong Jurutera Gred JA29
4. Penolong Pegawai Perancang Bandar Dan Desa Gred JA29
5. Penolong Pegawai Senibina Gred JA29
6. Penolong Pegawai Tadbir Gred N29
7. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19
8. Pembantu Kesihatan Awam Gred U19
9. Pembantu Operasi Gred N11
Untuk memohon lain-lain Jawatan (Mohon Disini)
2. Penolong Arkitek Landskap Gred JA29
3. Penolong Jurutera Gred JA29
4. Penolong Pegawai Perancang Bandar Dan Desa Gred JA29
5. Penolong Pegawai Senibina Gred JA29
6. Penolong Pegawai Tadbir Gred N29
7. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19
8. Pembantu Kesihatan Awam Gred U19
9. Pembantu Operasi Gred N11
Untuk memohon lain-lain Jawatan (Mohon Disini)
Syarat Asas Permohonan
- Calon hendaklah warganegara Malaysia berusia tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan jawatan.
- Berkelayakan dan melepasi syarat-syarat pelantikan yang telah ditetapkan bagi setiap jawatan yang hendak dipohon, Sila baca pada lampiran yang kami telah sediakan seperti berikut.
Cara Memohon
- Permohonan hendaklah dibuat dalam Borang MPK(BP) Perjawatan Pindaan 7/2016 yang boleh diperolehi di Jabatan Khidmat Pengurusan, Majlis Perbandaran Klang dengan harga RM2.00 atau boleh dimuat turun melalui pautan yang telah disediakan dibawah.
- Borang permohonan hendaklah diisi dengan lengkap dan disertakan gambar berukuran passport, salinan-salinan sijil kelahiran, kad pengenalan, sijil persekolahan, kelulusan akademik yang berkaitan yang telah disahkan daripada salinan asal.
- Pegawai yang sedang berkhidmat hendaklah mengemukakan borang permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat Dan Penamatan Perkhidmatan) 2005 dan menyertakan bersama-sama Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini dan Laporan Penilaian Prestasi (LNPT).
- Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah di hantar kepada alamat seperti dibawah.
- Perlu diingatkan, hanya pemohon yang layak sahaja akan dipanggil ke temuduga. Sila lengkapkan dan kemaskini maklumat anda yang telah didaftarkan. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN KLANG
JABATAN KHIDMAT PENGURUSAN
BANGUNAN SULTAN ALAM SHAH
JALAN PERBANDARAN
41675 KLANG
MAJLIS PERBANDARAN KLANG
JABATAN KHIDMAT PENGURUSAN
BANGUNAN SULTAN ALAM SHAH
JALAN PERBANDARAN
41675 KLANG