Jawatan Kosong Terkini 2020 di Majlis Daerah Bachok Bandar Pelancongan Islam

jawatan kosong majlis daerah bachok 2020

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun ke atas pada tarikh tutup iklan jawatan dan berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan di Majlis Daerah Bachok Bandar Pelancongan Islam sebagaimana berikut:-

MAKLUMAT PERMOHONAN

  • Nama Majikan : Majlis Daerah Bachok
  • Lokasi Kekosongan : Negeri Kelantan Darul Naim
  • Kelayakan : PMR/SPM/Diploma
  • Tarikh Tutup Permohonan : 08 Mac 2020 (Ahad)

JAWATAN : 
1. Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Gred U29
2. Penolong Jurutera Gred JA29
3. Penolong Akauntan Gred W29
4. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19
5. Pembantu Kemahiran Gred H19
6. Penghantar Notis Gred N11
7. Pembantu Awam Gred H11

Untuk memohon lain-lain Jawatan (Mohon Disini)

Baca Juga : Jawatan Kosong di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Perak
Baca Juga : Jawatan Kosong di Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP)

Syarat Asas Permohonan 

  • Calon hendaklah warganegara Malaysia berusia tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan jawatan.
  • Berkelayakan dan melepasi syarat-syarat pelantikan yang telah ditetapkan bagi setiap jawatan yang hendak dipohon, Sila baca pada lampiran yang kami telah sediakan seperti berikut.

Cara Memohon

  • Semua permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan MDBBPLI 1 berharga RM3.00 atau mengirim sampul beralamat sendiri berukuran 32cm x 22cm berserta wang pos bernilai RM3.00 di atas nama Yang Dipertua Majlis Daerah Bachok Bandar Pelancongan Islam serta setem ke alamat berikut atau boleh diperolehi di Bahagian Pentadbiran Majlis Daerah Bachok Bandar Pelancongan Islam, 16300 Bachok, Kelantan.
  • Sila nyatakan jawatan yang dimohon di kiri sebelah atas sampul surat semasa memohon.
  • Borang Permohonan yang lengkap diisi hendaklah dihantar ke alamat seperti dibawah.
  • Perlu diingatkan, hanya pemohon yang layak sahaja akan dipanggil ke temuduga. Sila lengkapkan dan kemaskini maklumat anda yang telah didaftarkan. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

YANG DIPERTUA
MAJLIS DAERAH BACHOK BANDAR PELANCONGAN ISLAM,
16300 BACHOK KELANTAN

0 comment... add one now