Jawatan Kosong di Majlis Daerah Yan

Jawatan Kosong Terkini di Majlis Daerah Yan. Warganegara Malaysia yang berkelayakan digalakkan memohon jawatan kosong seperti berikut. Jika anda berminat, sila baca maklumat lebih lanjut dibawah.

jawatan kosong majlis daerah yan

MAKLUMAT PERMOHONAN

JAWATAN : 
1. Penolong Jurutera JA29
2. Penolong Pegawai Penilaian W29
3. Pembantu Tadbir N19
4. Pembantu Penilaian W19
5. Pembantu Penguatkuasa KP19

Permohonan hendaklah dibuat dalam Borang MDY 2018 yang boleh didapati sendiri di Bahagian Sumber Manusia Majlis Daerah Yan dengan bayaran RM3.00 atau mendapatkan borang secara pos dengan menyertakan sampul surat beralamat sendiri berukuran 11 sm x 25 sm dan bersetem beserta kiriman wang pos RM3.00.

Sila nyatakan jawatan yang dipohon di kiri sebelah atas sampul surat semasa memohon. Setiap permohonan hendaklah disertakan dengan salinan dokumen-dokumen seperti berikut:-

(a) Kad Pengenalan diri
(b) Sijil Kelahiran
(c) Sijil-sijil persekolahan
(d) Kelulusan Akademik (Sijil/Diploma/Ijazah) *Mana yang berkaitan dengan Jawatan yang dipohon.
(e) Satu (1) keping gambar terbaru berukuran passport
(f) Dokumen-dokumen sokongan yang lain (Jika ada)

Setiap salinan dokumen di atas hendaklah diakui sah oleh pegawai kerajaan dalam kumpulan Pengurusan dan Profesional.

Borang Permohonan Jawatan yang telah lengkap hendaklah dihantar kepada:

Yang DiPertua
Majlis Daerah Yan
06900 Yan
Kedah Darul Aman

Perlu diingatkan, hanya pemohon yang layak sahaja akan dipanggil ke temuduga. Sila lengkapkan dan kemaskini maklumat anda yang telah didaftarkan. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

Tarikh Tutup : 15 November 2018 

Iklan Kekosongan

0 comment... add one now