Jawatan Kosong di Majlis Bandaraya Johor Bahru - Kelayakan SPM/Diploma/Ijazah

Jawatan Kosong 2018 di Majlis Bandaraya Johor Bahru. Warganegara Malaysia yang berkelayakan digalakkan memohon jawatan kosong seperti berikut. Jika anda berminat, sila baca maklumat lebih lanjut dibawah.

jawatan kosong majlis bandaraya johor bahru

MAKLUMAT JAWATAN

JAWATAN :
1. Jurutera (Mekanikal) Gred J41
2. Penolong Pegawai Penerangan Gred S29
3. Pembantu Kemahiran Gred H19
4. Pembantu Kesihatan Awam Gred U19
5. Pembantu Penguat Kuasa Gred KP19

Lihat Juga : Jawatan Kosong di Negeri Johor
Lihat Juga : Jawatan Kosong di Majlis Agama Islam Negeri Johor

Permohonan hendaklah menggunakan Borang MBJB/BSM/2014/1 yang boleh didapati daripada Bahagian Sumber Manusia, Aras 4, Bangunan Majlis Bandaraya Johor Bahru ATAU pemohon boleh muat turun borang permohonan melalui pautan yang telah disediakan dibawah.

Semua permohonan yang dikemukakan hendaklah disertakan :-
(i) salinan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM);
(ii) salinan Sijil Penilaian Menengah Rendah (PMR);
(iii) salinan transkrip pengajian;
(iv) salinan sijil Diploma/Ijazah;
(v) salinan semakan Pengiktirafan Kelayakan dari JPA (Diploma/Ijazah);
(vi) salinan sijil/dokumen akademik dan lain-lain yang berkaitan;
(vii) salinan Lesen Kelas Memandu;
(viii) salinan kad pengenalan;
(ix) salinan sijil kelahiran; dan
(x) gambar berukuran pasport terbaru.

dan hendaklah diakui sah serta alamatkan kepada :-

DATUK BANDAR
MAJLIS BANDARAYA JOHOR BAHRU
PETI SURAT 232
80720 JOHOR BAHRU

Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dihubungi untuk dipanggil temuduga. Mereka yang tidak menerima sebarang jawapan atau yang tidak dihubungi hendaklah menganggap permohonan TIDAK BERJAYA. Segala perbelanjaan kerana menghadiri temuduga adalah tanggung jawab pemohon sendiri. Pemohon yang tidak menerima jawapan selepas 2 minggu dari tarikh temuduga dianggap tidak berjaya.

TARIKH TUTUP : 23 OGOS 2018 

BORANG PERMOHONAN
Teruskan Membaca

0 comment... add one now