Jawatan Kosong 2018 di Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak. Kerajaan Negeri Sarawak mempelawa pemohon warganegara Malaysia yang bermastautin di Sarawak dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan, yang berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat pelantikan bagi mengisi kekosongan untuk jawatan-jawatan seperti berikut:-
MAKLUMAT PERMOHONAN
JAWATAN :
1. Pegawai Veterinar GV41
2. Pegawai Penyelidik Q41
3. Penolong Pegawai Veterinar G29
Permohonan jawatan diatas hendaklah melalui Sistem Permohonan Kerja Atas Talian, e-Recruitment Sarawak yang telah disediakan. Untuk pemohon kali pertama, anda perlu mendaftar akaun e-Recruitment Sarawak terlebih dahulu. Pemohon yang telah mendaftar dan memohon jawatan yang disenaraikan tidak perlu lagi memohon semula sekiranya tempoh permohonan masih sah.
Perlu diingatkan, hanya pemohon yang layak sahaja akan dipanggil ke temuduga. Sila lengkapkan dan kemaskini maklumat anda yang telah didaftarkan. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
TARIKH TUTUP : 30 APRIL 2018