Jawatan Kosong di Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG)


jawatan kosong november 2019 majlis perbandaran pasir gudang

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun ke atas pada tarikh tutup iklan jawatan dan berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan di Majlis Perbandaran Pasir Gudang sebagaimana berikut:-

MAKLUMAT PERMOHONAN

  • Nama Majikan : Majlis Perbandaran Pasir Gudang
  • Lokasi Kekosongan : Negeri Johor Darul Takzim
  • Taraf Jawatan : Tetap/Kontrak
  • Tarikh Tutup Permohonan : 14 November 2019 (Khamis)

JAWATAN : 
1. Akauntan Gred WA41
2. Pembantu Operasi Gred N11
3. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19
4. Pembantu Awam Gred H11

Untuk memohon lain-lain Jawatan (Mohon Disini)

Syarat Asas Permohonan 

  • Calon hendaklah warganegara Malaysia berusia tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan jawatan.
  • Berkelayakan dan melepasi syarat-syarat pelantikan yang telah ditetapkan bagi setiap jawatan yang hendak dipohon, Sila baca pada lampiran yang kami telah sediakan seperti berikut.

Cara Memohon

  • Permohonan hendaklah menggunakan Borang Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Pasir Gudang dengan bayaran RM1.00 setiap borang yang boleh didapati di Kaunter Khidmat Pelanggan MPPG atau boleh dimuat turun secara percuma melalui pautan yang telah disediakan dibawah.
  • Semua borang permohonan hendaklah disertakan dengan gambar berukuran pasport, salinan surat beranak, kad pengenalan, sijil-sijil keputusan peperiksaan dan tamat persekolahan yang telah disahkan daripada salinan asal.
  • Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar kepada alamat seperti dibawah.
  • Perlu diingatkan, hanya pemohon yang layak sahaja akan dipanggil ke temuduga. Sila lengkapkan dan kemaskini maklumat anda yang telah didaftarkan. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG
ARAS 19, MENARA AQABAH
JALAN BANDAR, 81700 PASIR GUDANG
(U.P: BAHAGIAN SUMBER MANUSIA)

0 comment... add one now