Jawatan Kosong di Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu - Kelayakan Diploma




Jawatan Kosong 2018 di Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu . Warganegara Malaysia yang berkelayakan digalakkan memohon jawatan kosong seperti berikut. Jika anda berminat, sila baca maklumat lebih lanjut dibawah.

jawatan kosong perbadanan pembangunan kampong bharu

MAKLUMAT PERMOHONAN

JAWATAN : 
1. Penolong Pegawai Tadbir Gred N29

Maklumat terperinci mengenai jawatan ini dan syarat - syarat kelayakan dan lantikan untuk memohon jawatan di atas boleh diperolehi melalui pautan yang telah disediakan dibawah.

Sila kemukakan permohonan kepada :

Ketua Pegawai Eksekutif
Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu
Aras Bawah, 1 & 2, Rumah ROHAS,
Lot 61, Jalan Raja Abdullah
Kampong Bharu
50300 KUALA LUMPUR.

(u.p : Unit Khidmat Pengurusan)

Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar dalam sampul surat dan ditulis NAMA JAWATAN YANG DIPOHON di sebelah atas kiri sampul surat dengan HURUF BESAR

Setiap borang permohonan jawatan mestilah disertakan sekeping gambar berukuran pasportsalinan sijil-sijil dan dokumen yang telah disahkan seperti berikut:

a. Kad Pengenalan dan Surat Beranak;
b. Sijil berhenti sekolah;
c. Sijil-sijil seperti PMR, SPM (V),SPM , SKM dan;
d. Sijil – sijil lain yang berkaitan
e. Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah disertakan salinan Rekod Perkhidmatan yang dikemaskini dan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) yang terkini.
f. Permohonan hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan masing-masing.

Perlu diingatkan, hanya pemohon yang layak sahaja akan dipanggil ke temuduga. Sila lengkapkan dan kemaskini maklumat anda yang telah didaftarkan. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

TARIKH JAWATAN DITUTUP : 17 OGOS 2018 

Langgan Updates Jawatan Kosong Terkini ke Email Anda (FREE):

0 Response to "Jawatan Kosong di Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu - Kelayakan Diploma"

Post a Comment