Jawatan Kosong di Majlis Daerah Pasir Mas - Kelayakan PMR/SPM/Diploma




Jawatan Kosong 2018 di Majlis Daerah Pasir Mas. Warganegara Malaysia yang berkelayakan digalakkan memohon jawatan kosong seperti berikut. Jika anda berminat, sila baca maklumat lebih lanjut dibawah.

jawatan kosong di majlis daerah pasir mas

MAKLUMAT JAWATAN

JAWATAN :
1. Penolong Pegawai Kesihatan & Persekitaran Gred U29
2. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred FA29
3. Penolong Jurutera Gred JA29
4. Pembantu Operasi Gred N11

Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan MDPM 1 yang boleh didapati di Majlis Daerah Pasir Mas dengan harga RM 2.00. Pembelian melalui pos hendaklah menggunakan Wang Pos di atas nama Yang Dipertua, Majlis Daerah Pasir Mas beserta sampul surat saiz A4, beralamat sendiri dan bersetem RM1.00.

Satu permohonan jawatan sahaja boleh diisi menggunakan satu Borang Permohonan MDPM 1.

Borang permohonan hendaklah ditandatangani dan disertakan dengan sekeping gambar berukuran passport, Salinan Kad Pengenalan, Sijil Kelahiran, Sijil-sijil Persekolahan, sijil/diploma/ijazah yang berkaitan, keputusan peperiksaan akhir bagi kelayakan yang disyaratkan dan lain-lain dokumen pengesahan yang berkaitan dengan jawatan yang dipohon yang telah disahkan

YANG DIPERTUA
MAJLIS DAERAH PASIR MAS
KOMPLEKS APAM PUTRA
BANDAR BARU PASIR MAS, LUBOK JONG
17070 PASIR MAS
KELANTAN

Perlu diingatkan, hanya pemohon yang layak sahaja akan dipanggil ke temuduga. Sila lengkapkan dan kemaskini maklumat anda yang telah didaftarkan. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

TARIKH TUTUP : 12 OGOS 2018 

Langgan Updates Jawatan Kosong Terkini ke Email Anda (FREE):

0 Response to "Jawatan Kosong di Majlis Daerah Pasir Mas - Kelayakan PMR/SPM/Diploma"

Post a Comment