Jawatan Kosong 2018 di MAIK - Kelayakan PMR/SPM/Diploma/Ijazah




Jawatan Kosong 2018 di Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan. Warganegara Malaysia yang berkelayakan digalakkan memohon jawatan kosong seperti berikut. Jika anda berminat, sila klik pada pautan yang disediakan dibawah.

jawatan kosong 2018 maik

MAKLUMAT JAWATAN:
1. Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S41
2. Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S29
3. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19
4. Pembantu Hal Ehwal Islam Gred S19
5 Pemandu Kenderaan Gred H11
6. Pembantu Awam Gred H11

Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan (MUI)Kn, 1/93 yang boleh didapati melalui pautan dibawah atau dengan mengemukakan sampul surat berukuran 10sm x 23sm yang beralamat sendiri serta berstem 50 sen atau mengambil  sendiri di Unit Pentadbiran, Tingkat 1, Majlis Agama Islam dan Adat  Istiadat Melayu Kelantan.

Salinan sah sijil-sijil persekolahan, kad pengenalan, surat beranak serta surat berkaitan bersama gambar berukuran passport dan sampul berstem yang beralamat sendiri hendaklah dikembarkan bersama borang permohonan.

Permohonan hendaklah sampai ke alamat berikut:

YABrs. Dr Timbalan Yang Dipertua,
Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan,
Kompleks Islam Darulnaim, Lundang,
15200 KOTA BHARU.

Perlu diingatkan, hanya pemohon yang layak sahaja akan dipanggil ke temuduga. Sila lengkapkan dan kemaskini maklumat anda yang telah didaftarkan. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

TARIKH TUTUP : 08 JULAI 2018 

IKLAN KEKOSONGAN

Langgan Updates Jawatan Kosong Terkini ke Email Anda (FREE):

0 Response to "Jawatan Kosong 2018 di MAIK - Kelayakan PMR/SPM/Diploma/Ijazah"

Post a Comment