Jawatan Kosong Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Kedah - Kelayakan PMR/Gaji RM1,218.00 - RM2,939.00




Jawatan Kosong 2018 di Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Kedah. Warganegara Malaysia yang berkelayakan digalakkan memohon jawatan kosong seperti berikut. Jika anda berminat, sila baca maklumat lebih lanjut dibawah.

jawatan kosong kerajaan negeri kedah

MAKLUMAT PERMOHONAN

Jawatan
1. Pemandu Kenderaan Gred H11

Permohonan hendaklah dibuat dengan mengisi BORANG JKMNK 1/2018 yang boleh didapati melalui pautan yang telah disediakan dibawah.

Semua permohonan hendaklah disertakan salinan dokumen-dokumen berikut yang telah disahkan:
(i) Sekeping gambar ukuran pasport (terkini)
(ii) Kad Pengenalan
(iii) Sijil Pendaftaran Kelahiran/Sijil Lahir
(iv) Sijil Tamat Persekolahan Darjah 6 Sekolah Rendah Bantuan Penuh Kerajaan
(v) Sijil kelulusan akademik dan sijil-sijil yang berkaitan
(vi) Lesen Memandu yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)
(vii) Salinan Kenyataan Perkhidmatan dan Laporan Penilaian Prestasi bagi calon yang sedang berkhidmat dengan kerajaan.

Borang permohonan yang dikemukakan hendaklah ditulis Huruf Besar Nama Jawatan Yang Dipohon di penjuru atas sebelah kiri sampul surat.

Permohonan hendaklah dihantar ke alamat:-

PENGARAH,
JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT NEGERI KEDAH,
ARAS BAWAH,BLOK C, KOMPLEKS PERSEKUTUAN,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN ANAK BUKIT,
BANDAR MU’ADZAM SHAH,
06550 ANAK BUKIT, KEDAH DARUL AMAN

(U/P: BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN)

Perlu diingatkan, hanya pemohon yang layak sahaja akan dipanggil ke temuduga. Sila lengkapkan dan kemaskini maklumat anda yang telah didaftarkan. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

TARIKH TUTUP : 03 JUN 2018

Langgan Updates Jawatan Kosong Terkini ke Email Anda (FREE):

0 Response to "Jawatan Kosong Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Kedah - Kelayakan PMR/Gaji RM1,218.00 - RM2,939.00"

Post a Comment