Jawatan Kosong 2018 Majlis Perbandaran Jasin - Kelayakan Minimum SPM




Jawatan Kosong 2018 di Majlis Perbandaran Jasin. Pemohon adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan dan keutamaan diberikan kepada anak Negeri Melaka yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di Majlis Perbandaran Jasin.

jawatan kosong 2018 majlis perbandaran jasin

MAKLUMAT PERMOHONAN

JAWATAN :
1. Penolong Jurutera (Elektrik) Gred JA29
2. Penolong Pegawai Senibina Gred JA29
3. Penolong Pegawai Perancang Bandar & Desa Gred JA29
4. Penolong Pegawai Tadbir Gred N29
5. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19

Permohonan hendaklah dibuat dalam Borang Perjawatan Majlis Perbandaran Jasin yang boleh didapati dengan hadir sendiri pada hari bekerja biasa di Pejabat Majlis Perbandaran Jasin atau boleh dimuat turun melalui pautan yang telah disediakan dibawah.

Borang permohonan hendaklah disertakan dengan gambar dan salinan Sijil Kelahiran, Sijil Kelulusan, Sijil Berhenti Sekolah serta lain-lain dokumen yang berkaitan. (Setiap salinan perlu diakui sah oleh mana – mana Ketua Kampung, JKKK atau Ketua Jabatan).

Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah di hantar kepada :

YANG DIPERTUA,
MAJLIS PERBANDARAN JASIN,
VISTA ALAMANDA
77000 JASIN,
MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH.

Perlu diingatkan, hanya pemohon yang layak sahaja akan dipanggil ke temuduga. Sila lengkapkan dan kemaskini maklumat anda yang telah didaftarkan. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

TARIKH JAWATAN DITUTUP : 12 MAC 2018 


Langgan Updates Jawatan Kosong Terkini ke Email Anda (FREE):

0 Response to "Jawatan Kosong 2018 Majlis Perbandaran Jasin - Kelayakan Minimum SPM"

Post a Comment