Jawatan Kosong 2018 Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional (JPNIN) - Kelayakan PMR & SPM




Jawatan Kosong 2018 di Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional (JPNIN). Warganegara Malaysia yang berkelayakan digalakkan memohon jawatan kosong seperti berikut. Jika anda berminat, sila klik pada pautan yang telah disediakan dibawah.

jawatan kosong 2018 guru tabika perpaduan

MAKLUMAT JAWATAN:
1. GURU TABIKA PERPADUAN S29
2. PENOLONG GURU TABIKA PERPADUAN GRED N11

Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Permohonan yang boleh diperolehi di Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional Negeri Selangor atau boleh dimuat turun melalui pautan yang telah disediakan dibawah.

Borang Permohonan lengkap hendaklah disertakan gambar terkini (berukuran passport), salinan Mykad, salinan sijil kelahiran, salinan kelulusan akademik, salinan sijil berhenti sekolah serta dokumen-dokumen sokongan yang mana berkaitan hendaklah DIPERAKUI SAH oleh Pegawai Kerajaan yang menjawat jawatan Kumpulan ‘A’ atau gred 41 ke atas sebanyak 2 set salinan.

Borang permohonan perlu dihantar ke alamat seperti di berikut :

PENGARAH
JABATAN PERPADUAN NEGARA DAN INTEGRASI NASIONAL
NEGERI SELANGOR
TINGKAT 9, WISMA PKPS
PERSIARAN PERBANDARAN, SEKSYEN 14
40517 SHAH ALAM, SELANGOR

Perlu diingatkan, hanya pemohon yang layak sahaja akan dipanggil ke temuduga. Sila lengkapkan dan kemaskini maklumat anda yang telah didaftarkan. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

TARIKH TUTUP : 21 MAC 2018 

IKLAN KEKOSONGAN

Langgan Updates Jawatan Kosong Terkini ke Email Anda (FREE):

0 Response to "Jawatan Kosong 2018 Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional (JPNIN) - Kelayakan PMR & SPM"

Post a Comment