Jawatan Kosong Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) 2018 - Kelayakan Minimum SPM




Jawatan Kosong Kerajaan Terkini 2018 di Majlis Agama Islam Melaka (MAIM). Warganegara Malaysia yang berkelayakan digalakkan memohon jawatan kosong seperti berikut. Jika anda berminat, sila klik pada pautan IKLAN KEKOSONGAN yang disediakan dibawah.

jawatan kosong majlis agama islam melaka 2018

MAKLUMAT JAWATAN:
1. Jurutera Awam Gred J41
2. Penolong Jurutera (Elektrik) Gred JA29
3. Juruteknik (Mekanikal) Gred JA19
4. Penolong Pegawai Hal-Ehwal Gred S29
5. Pembantu Tadbir(P/O) Gred N19
6. Penyelia Asrama Gred N19

Permohonan Jawatan
Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan yang boleh didapati dari kaunter Majlis Agama Islam Melaka, Aras 1, Bukit Palah, 75400 Melaka atau boleh dimuat turun melalui pautan yang disediakan dibawah. Permohonan hendaklah disertakan dengan salinan sijil-sijil kelayakan dan dokumen yang disahkan.

Borang Permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar dalam sampul surat berukuran 32sm x 22sm. Disudut atas sebelah kiri sampul surat hendaklah di tulis NAMA JAWATAN yang dipohon. 

Alamat Permohonan :

SETIAUSAHA,
MAJLIS AGAMA ISLAM MELAKA,
ARAS 1, PUSAT ISLAM MELAKA,
BUKIT PALAH, 75400
MELAKA.
(U.P : UNIT MODAL INSAN, BAHAGIAN PSM, MAIM)

Perlu diingatkan, hanya pemohon yang layak sahaja akan dipanggil ke temuduga. Sila lengkapkan dan kemaskini maklumat anda yang telah didaftarkan. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

TARIKH TUTUP : 15 MAC 2018 

Langgan Updates Jawatan Kosong Terkini ke Email Anda (FREE):

0 Response to "Jawatan Kosong Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) 2018 - Kelayakan Minimum SPM"

Post a Comment