Dapat Tawaran Kerja Ketika Masih Belajar Lagi, Gadis Ini Kongsikan Tips Kepada 'Fresh Grad'




tawaran kerja ketika masih belajar

GRADUAN SEKARANG SUSAH NAK DAPAT KERJA.
Izinkan saya perkenalkan diri. Saya merupakan pemegang ijazah sarjana muda kursus kejuruteraan elektronik di salah sebuah universiti di Malaysia dengan CPA 3.17, MUET band 4 ( result biasa je tak power pun).
Habis belajar bulan 6, 2015. Bulan 7 saya dah mula bekerja sebagai Project Engineer dalam Oil & Gas Industry. Kerja ini saya dapat sebelum tamat belajar dalam bulan 3, 2015. Februari 2016 saya dapat tawaran lagi baik sebagai Maintenance Engineer dalam Aviation Field. Sekarang saya masuk Instrument & Measurement Industry tempoh kurang sebulan dari tarikh saya mula minta kerja , interview dan dapat kerja. Malah hanya 3 jam setiap hari selama 2 hari saya peruntukkan untuk cari kerja. ( Sebenarnya pasal saya malas nak cari kerja tapi tak sangka terus melekat)

1st job: Pergi iv untuk formaliti dan terus tunggu je offer letter.

2nd job: 4 Interviewers. Ditemuduga kali pertama: jawab engineering exam bersama beratus-ratus calon lain, kali kedua ditemuduga:saya seorang 1 jam 30 minit. 11 individu diterima.

3rd job: 3 kali interview. Phone call sekali dan 2x temuduga face to face.

Ketiga-tiga kerja diatas adalah temuduga pertama and i've killed it. Everytime. Oleh sebab ramai yang tanya PM & Whatsapp macam mana saya buat (baru tukar kerja dekat previous post) saya tergerak hati untuk kongsi pandangan dari sudut CALON- what can you do to make sure employer choose you?
Disclaimer: Ada majikan mungkin tak tertarik dengan resume/cara saya.

1. JOBSTREET SEBAGAI PILIHAN NO2.
Beratus ribu orang guna Jobstreet untuk cari kerja jadi saya buat kelainan. Saya buka Jobstreet hanya untuk tengok syarikat mana yang tawarkan kerja kosong. Dapatkan nama syarikat lepas itu saya google email contact mereka dan hantar melalui email tersebut.

2. CV
CV saya sebenarnya hodoh gila cincai guna Microsoft Word, bukan yang gempak anak muda selalu pakai. Cuma dalam CV tersebut saya ada letak satu column ' Make A Pitch'. Macam dalam Jobstreet kita ada kotak boleh diisi kenapa majikan perlu ambil kita kan? Same goes dengan Make A Pitch. 35 patah perkataan- pendek, menarik, padat dan tepat untuk gambarkan diri saya.
Yang ini kalau kau lemah english, kau cubalah google sikit-sikit dapatkan idea keseluruhan kau nak tulis apa dekat situ. Ingat, kena jujur. Gambarkan diri kau bukan orang lain.
Dekat PERSONAL SKILLS & STRENGTH, letak juga kau itu jenis bagaimana- ramah ke boleh bergaul dengan semua bangsa ke. Ikut kaulah.
Yang penting, jual diri kau. Result exam penting tapi beratus beribu mungkin ada keputusan yang sama jadi inilah masanya kau kena SERLAHKAN PERSONALITI DIRI. Kebanyakan syarikat lebih suka invest in people daripada invest in result.
Contoh kau 4 flat tapi slow macam sloth dengan kau 3.3 tapi periang ramah laju macam cheetah, kemungkinan kau yang 3.3 lagi mudah dapat kerja.

3. FAIL
Benda ini bongok tapi ramai orang buat silap- Jumlah sijil ada 40 keping jadi pastikan kau beli file 20 halaman, letak sijil depan belakang. Jangan beli file 50 halaman. Nanti banyak lebih tak cantik.
Waktu interview, bawa 3 salinan sijil. 2 letak dalam file transparent tali boleh pusing-pusing ikat, satu lagi letak dalam sampul coklat biasa. Bagi dekat interviewer yang cantik tu. Nampaklah kau ada usaha melabur untuk dapatkan kerja. Yang hodoh itu buat standby kotlah interviewer lebih dari 2.

4. SUSUNAN SIJIL
Letak semua keputusan peperiksaan dari universiti, Matriks/ Diploma/STPM/ Foundation, SPM dan so on. Kemudian sijil pun letak ikut tahun terkini backforward.
Bila interviewer tengok saya punya, reaksi pertama dia adalah, " Najihah i can see you are an organized person"
Jadi kau ambillah peluang ini untuk berborak santai, sengih senyum dekat dia.
"Yes I am. How did you know Mr. A?" 
" I am like that too."
"Oh, no wonder you can read me."
*senyum ramah tapi sopan borak macam kau berbual dengan orang lebih tua.
Contoh.

5. ENTRY LEVEL- FYP/ PSM
Poster Final Year Project kau print size A3 berwarna 3 salinan, 1 salinan hitam putih untuk kau. Bagi dekat interviewer.
Present depan dia orang like a pro. Benda ini boleh jimat masa kau sebab tak payah hafal. Interviewer yang pandai pun takkan tanya banyak soalan pasal semua kau dah tulis dekat situ.
Plus benda ini pun kelainan. Waktu saya ditemuduga dulu, interviewer cakap itu kali pertama ada orang buat begitu. 3A tau bukan 4A paper.
Alert: Soalan tentang FYP ini wajib ditanya untuk orang yang baru habis belajar.

6. INTERN
Kau yang sedang menjalani latihan praktikal itu- Buat kerja sungguh-sungguh. Be energetic, fast-learner and hard working employee walaupun sebagai budak intern.
Nanti senior atau boss akan nampak potensi kau. Mahu tahu ada rezeki kau final sem deme call suruh kau pergi iv masuk kerja. Macam saya. Waktu internship 14 orang pelajar dekat satu syarikat tapi cuma saya seorang yang dipanggil semula.

7. AYAT & KATA2
Tak kiralah dalam CV atau kau disoal atau nak bercakap pasal job description misalnya, kau pernah kerja jadi tukang simpan, angkat, susun kerusi etc.
Kau tulis job scope: make sure the chair in good condition, ensure the chair is safe memang tak dapat kerjalah jawabnya.
Kau tulislah, managing and monitoring the arrangement and condition of the chair.
Jadi bila bercakap pun, kau sambung lagi " which means i am perfectionist person- i will always make sure everything is tidy and i also know how to communicate and dealing with client's needs.
Kau pandai-pandailah sambung sendiri. Biar nampak genius sikit.
Tak reti speaking, PRACTICE PRACTICE PRACTICE.

8. Tell me about yourself.
-kenalkan nama
- belajar apa study mana pointer
- Kerja dekat mana & pengalaman kerja
- peristiwa menarik untuk kau kongsi yang add value kerja kau minta.
Jangan melalut cerita hal peribadi pasal keluarga.
Kalau kau fresh grad tapi pernah kerja part time then beritahu masa ini. Sebutkan apa yang kau belajar dari pengalaman. Kalau tak pernah kerja langsung, beritahu pasal project yang kau buat dengan kawan-kawan dan apa yang kau belajar dari situ.
Eg: my name is Aien Najihah but you can call me Aien, a degree holder in bachelor of electronic engineering at ABC Uni with CPA 3.17 and MUET band 4. I started off my career in 2015 as PE with Z Sdn Bhd where i performed bla2.. after that i worked as...
During both working period, i have learnt how to blablabla.. that is all about me and thank you.

sumber : Aien Najihah




Langgan Updates Jawatan Kosong Terkini ke Email Anda (FREE):

0 Response to "Dapat Tawaran Kerja Ketika Masih Belajar Lagi, Gadis Ini Kongsikan Tips Kepada 'Fresh Grad' "

Post a Comment