CARA BETUL MENYUSUN SIJIL SEBELUM TEMUDUGA YANG ANDA TIDAK TAHU!




Seringkali kita terlupa akan sesuatu perkara yang penting apabila menghadiri sesi temuduga. Selain daripada persiapan pakaian, kemahiran dan komunikasi yang perlu anda perbaiki sebelum ke sesuatu temuduga, Persediaan Dokumen untuk ditemuduga juga merupakan suatu elemen yang penting. Ini adalah kerana, dokumen yang akan anda bawa boleh menarik minat atau merosakan peluang anda di hadapan seseorang penemuduga itu tersendiri. 

Disini admin sertakan Tatacara Penyediaan Dokumen yang sepatutnya anda persiapkan sebaik sahaja anda menerima sesuatu jemputan untuk ditemuduga di mana - mana syarikat yang berkaitan. 

Dokument salinan yang perlu dibawa :
❤      Salinan kad pengenalan
❤   Sijil lahir
 Sijil kewarganegaraan ( jika ada )
 Sijil berhenti sekolah
 Sijil SPM Original
 Sijil STPM Original
 Sijil Diploma Original
 Transkrip Diploma Original
(DOCUMENT ASAL WAJIB DIBAWA)

Cara menyusun sijil di dalam file untuk ditemuduga:

cara susun sijil untuk temuduga
1. Di bahagian luar file, di sebelah tepi kiri sila letakkan NAMA dan NO KAD PENGENALAN anda. Tidak kisah sama menggunakan komputer atau dengan tulisan tangan yang menarik.


2. Di bahagian muka surat pertama, letakkan satu kertas A4 yang menunjukkan JAWATAN YANG ANDA POHON untuk ditemuduga atau maklumat temuduga yang diperolehi daripada email yang anda dapat untuk jawatan tersebut.


3. Muka surat kedua, letakkan MAKLUMAT DIRI CALON dan RESUME seperti gambar di atas.


4. KAD PENGENALAN dan SIJIL LAHIR asal (Bukan Salinan)


5. MAKLUMAT PENDIDIKAN boleh disusun dari peringkat tertinggi hingga ke peringkat terendah. Penemuduga hanya akan menilai sijil tingkatan 3 hingga ke peringkat tertinggi sahaja.


6. Kebiasaanya pihak penemu duga akan melihat SIJIL BERHENTI SEKOLAH terlebih dahulu kerana di sijil itu terdapat beberapa maklumat penting yang boleh dilihat seperti pencapaian korikulum dan sebagainya. Di situ juga terdapat penilaian yang dibuat oleh guru semasa sekolah dahulu yang menunjukkan prestasi dan sikap seseorang calon dari zaman sekolah lagi.


7. Disini boleh diletak SIJIL-SIJIL KEMAHIRAN yang diperolehi oleh seseorang calon. Ini akan dapat menarik minat penemuduga akan kemahiran seseorang sekaligus menarik calon tersebut ke tahap yang lebih tinggi kerana mempunyai kemahiran yang tiada pada orang lain dan melayakkan anda ke posisi jawatan yang sedang anda pohon.




8. Slip MALAYSIAN UNIVERSITI ENGLISH TEST ( MUET ) penting bagi penemuduga menilai sejauh mana tahap Bahasa Inggeris anda. Tetapi, anda tetap boleh menunjukkan kepada penemuduga bahawa tahap penguasaan Bahasa Inggeris anda telah pun meningkat berbanding semasa anda mengambil ujian MUET ini dahulu.




9. SIJIL-SIJIL KORIKULUM boleh disusun mengikut susunan dari peringkat universiti hingga ke peringkat sekolah menengah. Dinasihatkan hanya meletakkan sijil-sijil yang berkaitan dan penting sahaja. Jika anda mempunyai sijil-sijil yang menunjukkan anda pernah memegang sesuatu jawatan dalam organisasi tertentu, letak di bahagian atas untuk menunjukkan anda seorang yang berprofil tinggi, dipercayai dan berkeyakinan dalam melaksanakan tugas untuk organisasi tersebut.






Langgan Updates Jawatan Kosong Terkini ke Email Anda (FREE):

0 Response to "CARA BETUL MENYUSUN SIJIL SEBELUM TEMUDUGA YANG ANDA TIDAK TAHU!"

Post a Comment