JAWATAN KOSONG KERAJAAN 2017 DI MAJLIS PERBANDARAN NILAI (MPN) - KELAYAKAN PMR/SPM/DIPLOMA/IJAZAH




Jawatan kosong kerajaan terkini 2017 di Majlis Perbandaran Nilai (MPN)Warganegara Malaysia yang terdiri daripada anak kelahiran Negeri Sembilan Darul Khusus yang berkelayakan dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan adalah dipelawa untuk memohon mengisi kekosongan jawatan seperti di bawah di Majlis Perbandaran Nilai, Negeri Sembilan Darul Khusus.

jawatan kosong majlis perbandaran nilai

MAKLUMAT PERMOHONAN
JAWATAN : 
1. Pegawai Kesihatan Persekitaran U41
2. Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran U29
3. Penolong Jurutera JA29
4. Juruteknik Komputer FT19
5. Pembantu Akauntan W19
6. Pemandu Kenderaan H11
7. Pembantu Operasi N11

Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan (M.P.N.) 1/01 yang boleh didapati di Jabatan Khidmat Pengurusan, Majlis Perbandaran Nilai berharga RM1.05 (termasuk CBP 6%).

Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dikemukakan bersama-sama dengan:-
i) Salinan MyKad;
ii) Salinan Sijil Lahir
iii) Gambar berukuran pasport (dilekatkan di muka hadapan borang);
iv) Salinan sijil-sijil keputusan bagi kelayakan yang disyaratkan 

Permohonan yang berikut akan ditolak:-
i) Tidak disertakan dengan dokumen yang diperlukan;
ii) Tidak disertakan salinan pengiktirafan kelayakan IPTA / IPTS untuk perkhidmatan
iii) Tidak lengkap atau tidak terang;
iv) Tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dalam iklan;
v) Tidak menulis nombor MyKad;
vi) Tidak dikemukakan melalui Ketua Jabatan bagi pegawai sedang berkhidmat;
vii) Tidak ditandatangani
viii) Permohonan yang diterima selepas tarikh tutup. 

Alamat Jabatan :

Yang Dipertua
Majlis Perbandaran Nilai
No.1, Kompleks Pentadbiran Kerajaan
Persiaran Pusat Bandar, Putra Nilai
Peti Surat No. 52
71800 Nilai
Negeri Sembilan Darul Khusus 

Perlu diingatkan, hanya pemohon yang layak sahaja akan dipanggil ke temuduga. Sila lengkapkan dan kemaskini maklumat anda yang telah didaftarkan. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

TARIKH JAWATAN DITUTUP : 21 JULAI 2017 
LOKASI : NEGERI SEMBILAN

IKLAN KEKOSONGAN




Langgan Updates Jawatan Kosong Terkini ke Email Anda (FREE):

0 Response to "JAWATAN KOSONG KERAJAAN 2017 DI MAJLIS PERBANDARAN NILAI (MPN) - KELAYAKAN PMR/SPM/DIPLOMA/IJAZAH"

Post a Comment