JAWATAN KOSONG TERKINI 2017 MAJLIS BANDARAYA ALOR SETAR (MBAS) - MINIMUM PMR/GAJI RM1,218.0 - RM5,701.0




Jawatan kosong terkini di Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS). Warganegara Malaysia yang berkelayakan digalakkan memohon jawatan kosong seperti berikut. Jika anda berminat, sila baca maklumat lebih lanjut dibawah.

jawatan kosong kedah

MAKLUMAT PERMOHONAN

JAWATAN : 
1. Penolong Pegawai Undang-undang L29
2. Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa JA29
3. Penolong Pegawai Senibina JA29
4. Penolong Juruukur Bahan JA29
5. Penolong Pegawai Pertanian G29
6. Pembantu Tadbir P/O N19
7. Pembantu Awam H11

Pemohon hendaklah menggunakan borang permohonan jawatan Majlis Bandaraya Alor Setar yang dikenakan bayaran RM7.00 (Ringgit Malaysia : Tujuh sahaja). Satu borang permohonan jawatan hanya untuk satu jawatan yang dipohon. Borang boleh didapati di Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Khidmat Pengurusan Tingkat 11, Menara MBAS Jalan Kolam Air, 05675 Alor Setar, Kedah atau mengirim sampul surat berukuran 10cm x 23cm yang beralamat sendiri dan bersetem RM1.00 dan dikenakan bayaran RM7.00 dalam bentuk Wang Pos ( bayar kepada : MAJLIS BANDARAYA ALOR SETAR ). Borang permohonan yang lengkap hendaklah dihantar ke alamat:

DATUK BANDAR
MAJLIS BANDARAYA ALOR SETAR
JALAN KOLAM AIR, 05675 ALOR SETAR, KEDAH

Sila nyatakan nama jawatan dan gred yang hendak dipohon di sebelah kiri atas pada sampul surat permohonan berkenaan dan semua permohonan hendaklah disertakan dengan salinan dokumen seperti berikut :

1. Gambar berukuran pasport
2. Kad pengenalan 
3. Sijil kelahiran 
4. Sijil-sijil persekolahan 
5. Kelulusan akademik 
6. Transkrip keputusan peperiksaan 
7. Lain-lain dokumen sokongan 

Perlu diingatkan, hanya pemohon yang layak sahaja akan dipanggil ke temuduga. Sila lengkapkan dan kemaskini maklumat anda yang telah didaftarkan. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

TARIKH JAWATAN DITUTUP : 8 JUN 2017 
LOKASI : KEDAH




Langgan Updates Jawatan Kosong Terkini ke Email Anda (FREE):

0 Response to "JAWATAN KOSONG TERKINI 2017 MAJLIS BANDARAYA ALOR SETAR (MBAS) - MINIMUM PMR/GAJI RM1,218.0 - RM5,701.0"

Post a Comment