TIPS PENTING PENAMPILAN DIRI UNTUK SESI TEMUDUGA




Setiap individu dikehendaki mematuhi etika pemakaian yang telah ditetapkan iaitu berpakaian secara formal apabila mendapat panggilan temuduga pekerjaan. Ini adalah kerana pakaian yang formal akan menunjukkan diri kita mempunyai disiplin dan juga berkeyakinan dalam menjalankan tugas yang akan diberi setelah berjaya melalui proses temuduga. Tatacara pemakaian kita juga akan memberikan gambaran yang baik kepada pihak majikan. Berikut ialah tips penampilan diri bagi lelaki dan juga perempuan.

tips penampilan diri untuk sesi interview


LELAKI

  1. Bagi calon temuduga lelaki, rambut mestilah pendek, dipotong kemas dan gaya rambut yang tersusun kemas. Dilarang sama sekali membuat fesyen rambut yang tercacak atau rambut sebelah dicukur nipis manakala rambut ditengah lebat. Seeloknya fesyen rambut itu membolehkan panel penemuduga berasa tenang dan selesa apabila melihat gaya rambut seseorang itu.
  2. Muka merupakan antara penampilan diri yang penting kerana ketika sesi temuduga, panel penemuduga akan berkomunikasi secara terus memandang ke arah kita. Bagi calon lelaki, hendaklah dicukur misai dan jambang dengan bersih menampakkan penampilan diri seseorang calon itu tidak selekeh atau kemas. Cukup sekadar kening dirapikan, tahi mata dibuang, gigi digosok terlebih dahulu atau makan gula-gula mint/ gula-gula getah bagi mengelakkan mulut berbau ketika bercakap dengan panel penemuduga.
  3. Badan pula merupakan aset penting yang membolehkan kita menambah keyakinan para panel penemuduga untuk mengambil kita bekerja bersama mereka. Baju yang harus dipakai mestilah kemeja berkolar berwarna cerah, sebagai contoh warna putih atau pastel, tali leher formal yang berwarna gelap atau yang sesuai dan tidak bercorak, bertali pinggang hitam, dan berseluar slack gelap atau yang sesuai dengan baju yang dipakai.  Baju kemeja hendaklah dibutang pada hujung lengan dan tidak disinsing atau dilipat hingga lengan. Kot pula adalah pilihan calon sama ada mahu dipakai ataupun tidak, tetapi hendaklah disesuaikan dengan jawatan yang dipilih oleh calon. Sekiranya calon memilih untuk jawatan yang professional, seeloknya dipakai bersama kot, dan sebaliknya
  4. Bagi calon lelaki, hendaklah memakai stoking yang berwarna gelap yang mengikut warna seluar atau kasut. Kasut pula hendaklah berkasut kulit yang telah dipolish berwarna gelap. Ini adalah kerana untuk menunjukkan keprofesionalan sesuatu jawatan dan individu tersebut di tempat kerja. Pastikan memakai stoking yang sudah dicuci dan elakkan memakai stoking yang berbau bagi mengelakkan gambaran buruk oleh panel kepada calon temuduga.
  5. Semasa ditemuduga, digalakkan membawa satu beg yang boleh memuatkan fail sijil-sijil atau buku nota kecil berserta dengan pen. Pastikan beg yang dibawa menunjukkan ke profesionalan anda sebagai seorang calon yang dianggap serius berkehendakkan jawatan tersebut. Selain daripada itu juga, jam tangan juga merupakan pilihan bagi calon. Jika mempunyai jam tangan, pakailah di sebelah kanan kerana pisikologi ada mengatakan, perwatakan orang yang memakai jam di sebelah kanan adalah lebih tegas dan berperwatakan matang berbanding pemakai jam disebelah  kiri. 
tips penampilan semasa interview


WANITA

  1. Bagi calon wanita bertudung, hendaklah memastikan cara gaya yang dikenakan adalah ringkas dan kemas. Seelokknya memakai tudung bawal kerana lebih ringkas dan kemas. Seiring dengan peredaran fesyen semasa, calon wanita juga dibolehkan memakai shawl, tetapi hendaklah mengayakan shawl tersebut secara ringkas dan tidak terlalu terbelit atau menyesakkan mata panel penemuduga. Bagi calon wanita tidak bertudung, rambut mestilah disikat rapi, dan jika rambut panjang, bolehlah di ikat secara “pony-tail” atau dipotong kemas. Dibahagian muka pula, rambut sebolehnya tidak menutupi mata atau muka sepenuhnya. Ini membolehkan panel penemuduga berinteraksi dengan calon secara lebih selesa dan terbuka.
  2. Jika muka calon terlihat pucat, bolehlah dikenakan sedikit make-up secara sederhana tetapi tidak keterlaluan. Sebolehnya, pakailah make-up yang bersesuaian dengan kulit muka anda supaya muka calon lebih kelihatan berseri semasa ditemuduga. Ini membolehkan penemuduga memberikan gambaran yang lebih baik kepada calon berbanding calon yang kelihatan selekeh dan tidak bermaya sekaligus merendahkan keyakinan diri calon.
  3. Pakaian calon wanita boleh dibahagikan kepada dua mengikut peredaran fesyen semasa. Pakaian haruslah kemas dan tampak bersih. Pakaian yang pertama yang semestinya akan tampak formal ialah berbaju kurung. Sebaiknya berbaju kurung plain, yang tidak mempunyai corak yang keterlaluan atau warna yang terang. Seeloknya baju kurung berwarna pastel. Baju kurung pula sebolehnya tidak melekap di badan calon supaya dapat memberi gambaran bahawa calon adalah seorang yang bersopan dan menjaga tatasusila apabila berhadapan dengan orang luar. Seiring dengan peredaran fesyen semasa juga, pakaian formal bagi calon wanita juga telah berubah dari berbaju kurung hinggalah ke smart casual. Calon wanita boleh memakai seluar slack/ berkain skirt ( tidak ketat ) gelap, berbaju kameja berwarna cerah atau pastel, dan berkot/ blazer berwarna gelap. Tetapi, dinasihatkan cara pemakaian ini mengikut juga jawatan yang dipohon oleh calon. 
  4. Calon temuduga wanita sebolehnya memakai kasut bertutup, bertumit dan berwarna gelap. Bertumit disini bukanlah kasut yang tinggi sehingga 5 inci atau lebih ya. Kasut bertumit ini akan menunjukkan keprofesionalan seseorang dan tahap keyakinan seseorang calon apabila berhadapan dengan panel penemuduga. Stoking juga mestilah berwarna yang sesuai dengan kasut atau dengan baju yang dipakai oleh calon.
  5. Wanita sememangnya sinonim dengan aksesori yang akan sentiasa berada di leher, tangan, telinga dan sebagainya. Sebagai salah seorang calon yang akan ditemuduga, calon digalakan memakai jam tangan, dan aksesori yang tidak berlebihan. Sebolehnya, kurangkan aksesori di bahagian telinga, kaki dan jari kerana ini akan membuatkan panel memberikan gambaran yang kurang baik mengenai calon yang ditemuduga.
tips penampilan wanita semasa interview




Langgan Updates Jawatan Kosong Terkini ke Email Anda (FREE):

0 Response to "TIPS PENTING PENAMPILAN DIRI UNTUK SESI TEMUDUGA"

Post a Comment